:)

:)
“You are the sky and everything else – it’s just the weather.”

Sunday, March 27, 2011

Jangan emosi~


"Jangan letakkan diri diatas kesedihan itu atas alasan picis-picisan...Fikirkan orang yang tersayang~
Bukan kau saja yang m'alami begitu,berat lagi beban yang mmikirkan kehidupanmu disana...
Kau mahu melihat ada airmata yg menitis, dengan langkah separuh jalan???
Rasa bersyukurlah dengan ujian itu, yang mengajar kita erti perjalanan..
Jangan pernah fikir dengan emosi...^_^,"

p/s: nasihat dri akak ^_^

Friday, March 18, 2011

Dari Hati~



Pada setiap detik dan ketika,
seringkali resah menghimpit jiwa,
hati ini sentiasa bicara,
bahawa "kau"...

bibirku terketar menahan getar,
yang lama terpendam didalam diam,
tidak ingin sesiapapun yg memahami hati ini,
biar diri ini sendiri yang tahu, 
betapa aku sayang dan cinta....

Kau! adalah sang pencinta yang hebat,
Pada setiap tingkah laku dan tutur kata,
terpancar ketulusan hati dan kesungguhan,
membuatkan diri ini merasa benar2 dihargai,

melayan setiap perilaku dan sapamu,
sudah cukup membahagiakanku,
dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa2 lagi,
rasa tenang hati melihatmu bahagia dan baik2 saja...:)

meskipun aku, 
terasa sukar mengukir sayang pada manis bicara,
terasa sukar untuk menghurai ayat-ayat cinta untukmu,
akan tetapi,
aku mampu untuk mengekspresikannya dengan senyuman,
yang setulusnya datang dari hati....:)

deruan nafas ini perlahan2,
melegakan rasa sendiri,
dengan menyebut namamu,
tak dapat lagi dihurai dengan ayat2,
biar kita memahami sendiri,
jika keikhlasan itu benar2 ada,
demi harga diri dan cintaku padamu,
insya'Allah,
semoga Diberkati...:)

















Friday, March 4, 2011

Si Gadis Dari Lembah Cinta ♥



Si Gadis dari Lembah Cinta,
dengan sepenggal puisi cinta murahan yang berserakan, 
diantara butiran embun,
tubuhnya kaku mematung dek derasnya tempias air langit,

Malam-malamnya sering diserikan dengan catatan cinta,
dinginnya menghangatkan dan memberi aroma rasa,
menjejaki purnama yang tenggelam di antara awan hitam,
membawanya hanyut bersama puisi cinta indah yang digubahnya,

Pada saat dia terpaku melihat gelisah angin lalu, 
diantara buluh-buluh bambu,
yang meliuk ke kanan dan ke kiri, yang gemersik sepi,
ada bisikan untuknya yang menjawab setiap kegelisahannya,

Seringkali terketuk nalurinya,
untuk menitipkan bicara hati,
melihat realiti, 
lantas tercipta bahasa cinta yang tiada tersangka,

Terlalu dalam dan tak ternilai harga cintanya,
sehingga sukar untuk diekspresikan,
kerna Yang Mencipta Cinta itu lebih agung daripadanya,
dan takkan pernah dirasakan dengan tenang 
tanpa kasih DIA Yang Maha Perkasa...:)








Thursday, March 3, 2011

Bukan Salah Cinta~ FeelHoney

~now, bosan! so, tengah layan lagu ni..lagu dari kump.nasyid Feelhoney..best hehe^^

Bukan Salah Cinta..



Maafkan silapku kawan,
andai kau terbeban,
berat perasaan yang memburuku,
hadir tanpa undangan,

Aku juga insan biasa,
yang pasti ada rasa cinta,
kau boleh palingkanku,
tapi demi cinta...

Aku boleh lepaskanmu,
tapi demi cinta,
aku terima keputusan itu,
buat penghormatan,

Ku sedar jua kekurangan,
harga diriku pertahankan,
demi tuhan kelak nantiku kan berubah...
kerna tuhan,

ku bebaskan perasaan cinta seluruh manusia,
rasa simpati dihati,
tidak ingin menyakiti,

andai kau rasa terluka,
itu bukan salah cinta,
itu tanda dari tuhan,
hidup bukan tuk membenci,
ikhlas hati tuhan membalasi...




Tuesday, March 1, 2011

Silamku~


Malam yang semakin kelam,
aku masih terjaga, tertawa sendiri,
tersenyum melihat langit tanpa bintang, gelap, malap!
tanpa kusedari dua kelopak mataku, 
mencairkan airmata yang sekian lama beku,
lantas meletus segala memori silam dalam kotak fikirku...

ku termenung sendiri,
sedikit demi sedikit,
tanganku yang selama ini diam,
kini mula gagah melambai ke arah masa silam itu,

masih jelas dalam ingatanku, 
memori pahit yang lalu,
seperti mentertawakanku,
mengejekku..cuba meruntuhkan azamku,

tetapi aku tidak kisah..
aku tak akan lelah,
kerna aku masih punya memori yang lebih baik dari itu,
memori manis yang membuat aku lupa akan segala kepahitan,
dengan gambaran indah yang dipancarkan...


Silamku....
datang dan pergilah kamu,
kamu akan tetap dalam hatiku,
terus tersenyumlah kamu,
senyuman itu akan kekal dalam ingatanku,

biarpun..,
tak dapat ku putarkan waktu...
akan tetapi,
 tetap juga hati ini senyum tanpa sesal,
rasa bertuah,
kerna aku tidak akan setabah ini...
Jika aku tidak pernah menghadapi masa silam itu:)


p/s : bla3x....^____________^












Memaafkan & Melupakan!!~


...kali ini terasa seperti ada sesuatu yang sedang bermain dari kotak fikiranku sehingga mengajak jemariku tergerak untuk mencatat sesuatu dalam blog ini ..yala, sebelum umurku esok mencecah genap 21 tahun...tiba2x timbul ilham untuk mencatat sesuatu sebagai seorang yang masih lagi berumur 20 tahun buat kali terakhir, dan apa yang aku catatkan ini sekadar buat wasiat pada diri dan semua~


hm..apa yang aku ingin katakan disini adalah perkara yang sering menggangu fikiran dan perasaan kita sejak sekian lama iaitu dendam, amarah, kebencian..dan lain2 lagi perkara yang lebih kurang sama seperti itu...bila difikir2 balik..semua ini memang sangat sia-sia!! hidup kita terlalu berharga untuk dicemari dengan semua rasa itu~


Adalah lebih baik kita memaafkan kesalahan orang yang bersalah pada kita, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukannya..:) Kenapa begitu? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul didalam hati, mengotori, seterusnya akan mengikis motivasi dalam diri.

so, untuk mengelakkan itu terjadi, perkara yang paling terbaik adalah "memaafkan kemudian melupakan", menganggap bahawa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Meskipun sikap suka memaafkan mengambil masa yang agak lama untuk diserap menjadi sikap semulajadi... Namun dengan amalan berterusan, kita akan mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti Nabi kita Muhammad SAW.



Ya, aku tahu..ramai yang beranggapan "memaafkan memang senang tetapi untuk melupakan sangat susah" tetapi, persoalannya disini, sejauh manakah keikhlasan kata "maaf" itu?? ...jika kita benar2 ikhlas dalam memaafkan orang yang pernah menyakiti kita maka untuk melupakan adalah mudah, kerna dengan keikhlasan itu mampu memberi impak pada hati dan diri dengan merasa kesakitan lalu tidak lagi memberi apa2 kesan pada dirinya. Namun, kebanyakan kita seringkali mengucap kata maaf pada zahir saja tetapi tidak pada batin...tiada keikhlasan, dan disinilah timbulnya perkara "memaafkan memang senang tetapi untuk melupakan sangat susah"...

...bagi sesiapa yang pernah disakiti atau dikhianati (termasuk aku juga hehe), Ingat!! Memaafkan adalah lebih baik dari berdendam. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas, kerna dendam pasti tiada kesudahan. 
Biar mereka menggelar kita bodoh dan dungu kerna tidak  mahu bertindak balas,dan biar mulut2x mereka yang mengata itu keras, yang penting keredhaan Allah bersama kita...:)

Kita perlu ingat, Allah menyukai orang yang bersih hatinya, oleh itu, jangan kotori hati dengan amarah dan benci~...bermaafanlah kita sementara kita masih hidup, Insya'Allah semoga kita semua akan hidup dengan penuh berkat dan kasih sayang...dan hidup kita berakhir dengan husnul khatimah~ amiin...^_^


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?..." 
(Surah an-Nur: Ayat 21)


p/s: Maafkanlah segala silap dan salahku, samada sedar atau tidak, tolong maafkan aku, kerna aku tidak ingin berhadapan dengan kemurkaan Allah...:')