:)

:)
“You are the sky and everything else – it’s just the weather.”

Tuesday, March 1, 2011

Memaafkan & Melupakan!!~


...kali ini terasa seperti ada sesuatu yang sedang bermain dari kotak fikiranku sehingga mengajak jemariku tergerak untuk mencatat sesuatu dalam blog ini ..yala, sebelum umurku esok mencecah genap 21 tahun...tiba2x timbul ilham untuk mencatat sesuatu sebagai seorang yang masih lagi berumur 20 tahun buat kali terakhir, dan apa yang aku catatkan ini sekadar buat wasiat pada diri dan semua~


hm..apa yang aku ingin katakan disini adalah perkara yang sering menggangu fikiran dan perasaan kita sejak sekian lama iaitu dendam, amarah, kebencian..dan lain2 lagi perkara yang lebih kurang sama seperti itu...bila difikir2 balik..semua ini memang sangat sia-sia!! hidup kita terlalu berharga untuk dicemari dengan semua rasa itu~


Adalah lebih baik kita memaafkan kesalahan orang yang bersalah pada kita, walau sebesar manapun jua kesalahan yang dilakukannya..:) Kenapa begitu? Sebab jika tidak memaafkan, dendam akan berkumpul didalam hati, mengotori, seterusnya akan mengikis motivasi dalam diri.

so, untuk mengelakkan itu terjadi, perkara yang paling terbaik adalah "memaafkan kemudian melupakan", menganggap bahawa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Meskipun sikap suka memaafkan mengambil masa yang agak lama untuk diserap menjadi sikap semulajadi... Namun dengan amalan berterusan, kita akan mampu menjadi seorang pemaaf sama seperti Nabi kita Muhammad SAW.



Ya, aku tahu..ramai yang beranggapan "memaafkan memang senang tetapi untuk melupakan sangat susah" tetapi, persoalannya disini, sejauh manakah keikhlasan kata "maaf" itu?? ...jika kita benar2 ikhlas dalam memaafkan orang yang pernah menyakiti kita maka untuk melupakan adalah mudah, kerna dengan keikhlasan itu mampu memberi impak pada hati dan diri dengan merasa kesakitan lalu tidak lagi memberi apa2 kesan pada dirinya. Namun, kebanyakan kita seringkali mengucap kata maaf pada zahir saja tetapi tidak pada batin...tiada keikhlasan, dan disinilah timbulnya perkara "memaafkan memang senang tetapi untuk melupakan sangat susah"...

...bagi sesiapa yang pernah disakiti atau dikhianati (termasuk aku juga hehe), Ingat!! Memaafkan adalah lebih baik dari berdendam. Janganlah kita berdendam dan ingin saling berbalas, kerna dendam pasti tiada kesudahan. 
Biar mereka menggelar kita bodoh dan dungu kerna tidak  mahu bertindak balas,dan biar mulut2x mereka yang mengata itu keras, yang penting keredhaan Allah bersama kita...:)

Kita perlu ingat, Allah menyukai orang yang bersih hatinya, oleh itu, jangan kotori hati dengan amarah dan benci~...bermaafanlah kita sementara kita masih hidup, Insya'Allah semoga kita semua akan hidup dengan penuh berkat dan kasih sayang...dan hidup kita berakhir dengan husnul khatimah~ amiin...^_^


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?..." 
(Surah an-Nur: Ayat 21)


p/s: Maafkanlah segala silap dan salahku, samada sedar atau tidak, tolong maafkan aku, kerna aku tidak ingin berhadapan dengan kemurkaan Allah...:')




No comments:

Post a Comment