:)

:)
“You are the sky and everything else – it’s just the weather.”

Friday, June 24, 2011

"Debat dan Dusta"

...terjumpa dari note abg aku^^...mau share jugakla kat sni hehe~



Sabda Rasullullah ShallAllahu 'alaihi wasallam  : “Aku menjamin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan debat meskipun dia berada di pihak yang benar. Dan aku menjamin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun dalam keadaan bergurau-senda. Dan aku akan menjamin sebuah rumah di bahagian syurga teratas bagi orang yang memperelokkan akhlaknya.”

(HR. Abu Dawud dalam Kitab al-Adab, hadits no 4167. Dihasankan oleh al-Albani dalam as-Shahihah [273] as-Syamilah)



Dari saudara kepada saudara...

Semua yang mengaku Tuhan kami Allah yang Esa di setiap ceruk rantau bumi ini adalah saudara saya, mereka itu yang bertauhid kepada Tuhan yang menentukan hidup dan mati mereka. Katakan! bahawa kami mahu bebas dari perbudakan sesama makhluk dan dari para pemuja thaghut dengan penamaan yang belum pernah Tuhan ajarkan kepada hamba-hambaNya!.Tolong jangan kaburi kebenaran dengan maksud yang bathil dan membawa natijah kebathilan! serta kemenangan kepada musuh-musuh Rasulillah s.a.w! . Saksikanlah dalam rentetan sejarah bahawa setiap seorang penzalim itu mesti tumbang! mereka tidak akan terlepas dari "tangan Tuhan" di dunia dari azab yang mereka tidak sangka-sangka dan di akhirat bahkan lebih parah lagi!. Hidup dan mati adalah ketentuan Allah!.




Wednesday, June 8, 2011

...♥....indah..~


Bila seorang kekasih telah singgah di hati, fikiran akan terpaut pada cahaya wajahnya, jiwa akan menjadi besi dan kekasihnya adalah magnet. Rasanya selalu ingin bertemu meski walau sekejap saja. Memandang sekilas bayangan sang kekasih membuat jiwa ini seakan terbang menuju langit ke tujuh dan bertemu dengan jiwanya.

Indahnya cinta terjadi saat seorang kekasih secara samar menatap bayangan orang yang dikasihi. Bayangan indah itu laksana air yang menyirami, menyegarkan, menyuburkan pepohonan taman di jiwa.
Begitulah cinta, ketika ia bersemi dalam hati… terkembang dalam kata… terurai dalam perbuatan…Ketika hanya berhenti dalam hati, itu cinta yang lemah dan tidak berdaya. Ketika hanya berhenti dalam kata, itu cinta yang disertai dengan kepalsuan dan tidak nyata…

Ketika cinta sudah terurai jadi perbuatan, cinta itu sempurna seperti pohon; akarnya terhujam dalam hati, batangnya tertegak dalam kata, buahnya menjumbai dalam perbuatan. Persis seperti iman, terpatri dalam hati, terucap dalam lisan, dan dibuktikan oleh amal.
...Semakin dalam makna cinta direnungi, semakin besar fakta ini ditemukan. Cinta hanya kuat ketika ia datang dari peribadi yang kuat, bahawa integriti cinta hanya mungkin lahir dari peribadi yang juga punya integriti. Kerana cinta adalah keinginan baik kepada orang yang kita cintai yang harus diekspresikan setiap saat pada sepanjang kebersamaan.
… “Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS. Ar-Ruum : 21).